Saturday, February 18, 2012

Senarai nama penghuni kediaman di Jalan Suasana 3, BTHO:


En. Rodzuan Abdul Ghanl
37, Jalan Suasana 3/1A

Pn. Wan Jemilah Wan Derarman
38, Jalan Suasana 3/IA
En. Soaib As Imiran
39, Jalan Suasana 3/1A
En. Mohd Nazrl Yaacob
40, Jalan Suasana 3/IA

En. Mohd Nor Kamar Malek
41, Jalan Suasana 3/1A
Mr. Daljit Sigh Dhaliwal
42, Jalan Suasana 3/1A
Arumugam Veloo A/L Kanniappan
43, Jalan Suasana 3/IA

Pn. AzIzah
44, Jalan Suasana 3/1A
Pn. Hamidah Bt Zalnul
46, Jalan Suasana 3/1A
En. Mohd Nazam lbrahim
48 Jalan Suasana 3/1B

En. Mohd Rais 8 Ali
1, Jalan Suasana 3/1B
En. Mohd Hanif Ahmad
2, Jalan Suasana 3/1B
En. Hafiz
3, Jalan Suasana 3/1B

En. Razak Yunus
4, Jalan Suasana 3/1B
En. Tan Chee Kong
5, Jalan Suasana 3/1B
En. Md Said Nanyan
6, Jalan Suasana 3/1B

En. Mohd Allas
7, Jalan Suasana 3/1B
Y. Bhg. Dato’ Zain Hj Hamzah
8, Jalan Suasana 3/1B
Pn. Raziah Bt Mohd Sharuddin
11, Jalan Suasana 3/1B

En. Ahamad Rusly Yaacob
11A, Jalan Suasana 3/1B
Pn. Habibah
15, Jalan Suasana 3/1B
En. Mohd Shaib Jaafar
17, Jalan Suasana 3/1B

En. Mohd Zaki Abdul Manaf
19, Jalan Suasana 3/1B
Chow Nam Mee
21, Jalan Suasana 3/1B
En. Azahar Che Ismall
23, Jalan Suasana 3/1B
En. Jazlan B Ahmad
25, Jalan Suasana 3/1B
En. Mohammad Azlan B Ali Bosoh
27, Jalan Suasana 3/1B
Mr. Eddie Ng
31, Jalan Suasana 3/1B

En. Panji Indera B. A. Rahman
33, Jalan Suasana 3/1B
Chong Soon Huat
35, Jalan Suasana 3/1B
En. Ismail Isa
37, Jalan Suasana 3/1B

En. Ahmad Sanusl Husain
39, Jalan Suasana 3/1B
En. Mohamad Salleh Rafiz B Mohd Yusoff
41, Jalan Suasana 3/1B
En. Wan Ishak Wan Yusoff
43, Jalan Suasana 3/1B

En. Noor Bakri
45, Jalan Suasana 3/1B
Pn. Rohada Bt Hussain
47, Jalan Suasana 3/1B
En. Mat Rashid Man   
01, Jalan Suasana 3/1A

Pn. Nurall Intan Norbi
02, Jalan Suasana 3/1A
En. Radzi B Darus
03, Jalan Suasana 3/1A
En. Mohamad Kamaruzaman
04, Jalan Suasana 3/1A

En. Zambri B Ahmad
05, Jalan Suasana 3/1A
En. Azman Shah Mohamed
06, Jalan Suasana 3/1A
En. Mohamad Hj. Abdullah
07, Jalan Suasana 3/IA

En. Ajir B Juman
08, Jalan Suasana 3 /IA
En. Mustarfa Harruddin Mohamed
09, Jalan Suasana 3/IA
En. Zuraidl B Abd Rahman
10, Jalan Suasana 3/IA

Pn. Rosmaliza
11, Jalan Suasana 3/IA
En.  Mahat HJ Pindek
12, Jalan Suasana 3/IA
Chew Leong Hae
13, Jalan Suasana 3/1A
En. Nor Kamarul Zaman M Sanusi
14, Jalan Suasana 3/IA
En. Roslan Abdul Azlz
15, Jalan Suasana 3/1A
En. Khalruddin B A. Wahab
16, Jalan Suasana 3/1A

En. Mohd Khairy B Dahlan
17, Jalan Suasana 3/1A
En. Mohd Faisal B Jusoh
18, Jalan Suasana 3/IA
En. Kamaruzarnan B Mustafa
19, Jalan Suasana 3/1A

En. Norazman B Muftl
20, Jalan Suasana 3/1A
En. Azlan B Mohd Sabirin
21, Jalan Suasana 3/1A
En. Jamaludin Osman
22, Jalan Suasana 3/1A

En. Yusoff B. Yahya
23, Jalan Suasana 3/1A
Prof. Dr. Md Ghazali B Shaaban
24, Jalan Suasana 3/1A
En. Rusli B Mohd Noor
25, Jalan Suasana 3/1A

En. Ahmad B Abdul Wahab
26, Jalan Suasana 3/1A
En. Zarondin  Md Amin
27, Jalan Suasana 3/IA

Thursday, September 2, 2010

Patah tumbuh hilang berganti

Menghijau tumbuh lalang baru menggantikan lalang yang ditebas mahupun terbakar baru-baru ini. Ia cuma mengambil masa lebih kurang seminggu untuk kelihatan seperti dalam foto-foto di bawah. Jika disirami lebih hujan pasti lebih rancak anak-anak lalang menjulur keluar dari permukaan tanah.

Tidak ada sedikit pun sifat mengalah di dalam kehidupan lalang. Mereka tahu bahawa mereka tidak dikehendaki melalui tidakan manusia yang sering menebas atau menyalakan api ke atas mereka tapi sesudah itu mereka tumbuh semula seperti tiada apa yang berlaku sebelumnya.

Jika manusia mempunyai semangat sekental lalang sudah pasti semua cabaran dapat di atasi dan kejayaan besar dapat diraih di dalam kehidupan mereka. Cubalah kita tanam di dalam diri kita semangat lalang tapi bukan mengikut resmi lalang!





Monday, August 30, 2010

Kebakaran ketika Solat Tarawih

Ketika jema'ah sedag bersolat tarawih di Surau alAmin kehusyukan mereka telah terganggu malam itu dengan ketibaan sebuah kereta bomba ke kawasan surau. Rupa²nya ada kebakaran berlaku di atas padang yang lalangnya baru ditebas. Pasukan Bomba telah memadamnya.

Kesokan harinya hari Juma'at, kebakaran berlaku sekali lagi dan pasukan bomba sekali lagi berkejar ke sini untuk mengawal kebakaran.

Anihnya kebakaran berlaku pada waktu malam jika pada waktu siang dengan suhu panas yang agak tinggi memang rumput serta lalang kering mudah terbakar. Masakan ia terbakar dengan sendiri jika tiada budak² nakal yang menyalakan api? Di kawasan ini terdapat remaja yang bereperangai tidak elok, mereka menconteng dinding dan pengarang pernah melihat mererka menyalakan api kepada sehelai karpet lama di dalam kedai tinggal. Mujur tidak sempat merebak api yang dinyalakan.





Thursday, August 19, 2010

Sudah ada tindakan


Tidak disangka pula sebaik bermuala bulan puasa pekerja kelihatan datang untuk menyambung kerja-kerja yang mereka tinggalkan sebelum ini. Bagaimanapun, ketebalan serta ketinggian lalang serta rumput tidak membenarkan kerja-kerja menebas berjalan lancar dan diselesaikan dengan mudah. Hingga ke hari ini




Cuba perhatikan foto di bawah yang diblow-up di bahagian tengahnya bagi menunjukkan seorang pekerja yang sedang menggalas mesin rumput berbanding dengan ketinggian lalag/rumput di kiri kanannya. Apapun tindakan sedang diambil bagi membersihkan kawasan ini yang telah terbiar sekian lama. Adalah diharapkan kerja-kerja ini dilakukan dari semasa ke semasa mulai sekarang.

Wednesday, August 4, 2010

Tidak tahan cabaran


Kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Kajang nampaknya telah menghantar dua orang pekerja mereka untuk membersihkan kawasan yang dipenuhi rumput panjang di lot kosong tanah milik UDA Holdings Berhad. Tindakan ini tentunya ada kaitan dengan bil cukai pintu yang perlu dijelaskan oleh pemilik kediaman pada hujung bulan Ogos. Mungkin ada pihak yang membuat komplen atau itulah amalan yang boleh dikaitkan apabila bil cukai pintu dikeluarkan oleh pihak Majlis.



Pada 31 Julai 2010, penulis dapat melihat dua orang pekerja hadir di perkarangan lot kosong tanah milik UDA Holdings Berhad. Mereka membawa peralatan mesin pemotong rumput. Apapun di atas alasan yang dapat pembaca mengagak sendiri, pengarang tidak berani menghala lensa kamera ke arah mereka sewaktu mereka sedang menebas rumput.

Untuk memotong rumput yang hampir setahun tumbuh tidak disentuh ini pasti menguji ketabahan sesiapa juga yang memotongnya jika mereka menggunakan mesin alat pemotong yang digalas di atas bahu.


Seperti yang dapat dijangkakan iaitu selepas tiga hari berkerja memotong rumput yang panjang itu, pekerja-pekerja itu tidak hadir lagi. Luas kawasan yang berjaya ditebas ialah lebih kurang 20 persen daripada keseluruhan kawasan tersebut. Tahun lalu mereka meninggalkan 20 persen tapi pada tahun ini mereka cabut lari meninggalkan 80 persen baki yang belum ditebas.

Persoalannya, adakah pihak kontraktor membuat tuntutan penuh untuk kerja yang tidak siap dilaksanakan itu?

Jika pihak kontraktor berkenaan mendapat maklumat ini daripada sesiapa juga anggaplah ini satu maklumbalas agar perkara seperti ini tidak diulangi oleh pekerja-pekerja tuan pada masa akan datang.

Yang pastinya pemandangan yang memalukan ini akan terus menyakitkan mata serta hati penduduk kawasan ini.

Saturday, July 10, 2010

Bagai pahat dengan tukul....


Tunduk menyembah bumi....begitu panjangnya rumput serta lalang di Jalan Suasana 3/3 sehingga mereka tumbang dengan sendirinya, tiada pihak yang datang memotong.

Sekali komplen sekali ditebas, berbulan tidak komplen berbulan tidak ditebas. Begitulah adanyaa....






Cukup waktunya pasti bil cukai pintu daripada Majlis diterima.

Jumlah bayaran yang dikenakan 8.8% setahun, lebih kurang sama banyaknya dengan jumlah yang dicaskan oleh Majlis di daerah-daerah lain tapi perkhidmatan yang diterima tidak memuaskan termasuklah khidmat mengangkut sampah yang mana lori sampah jarang-jarang datang, mungkin datang 3 minggu sekali.... bukannya seminggu 3 kali!

Yang anehnya mengapa mesti ditunggu laporan/komplen baru disusuli dengan tindakan? Pihak yang dilantik wajar berikan khidmat yang berterusan seperti yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada mereka.

Wednesday, April 7, 2010

Lot tanah UDA Holdings terbiar di BTHO


Foto di bawah telah diambil pada 07/4/2010 sebagai catatan.

Pemandangan yang menyakitkan mata dan hati ini berkeadaan demikian sudah lebih 10 tahun. Aku sebagai penduduk yang menghuni tidak jauh daripada hutan lalang ini terasa sangat malu kepada rakan-rakan dan pelawat yang datang ke sini kerana tempat ini bukanlah sembarangan taman perumahan kerana ia adalah Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

Lalang atau rumput seperti tidak terkawal lagi dibiar tumbuh melepasi ketinggian 6 kaki. Maknanya jika anda berdiri di dalam hutan lalang ini tak ada orang yang dapat melihat anda berada di situ.



Kadang-kadang aku terfikir juga dibiarkan saja kawasan ini semak kerana di situ boleh dijadikan sarang atau tempat tinggal unggas yang bunyi berkicauan memecah sunyi di pagi hari. Tapi ada waktunya terfikir pula jika binatang buas seperti ular berbisa menghuni di dalamnya. Yang pastinya anjing-anjing liar tinggal di dalamnya.

Gambar-gambar di bawah pula telah diambil lebih setahun lalu.

Jika ada petugas kontrak yang datang memotong rumput, mereka hanya datang beberapa bulan sekali sedangkan lalang tumbuh begitu cepat. Setiap kali petugas-petugas itu datang ku perhatikan bahawa mereka tidak siapkan sepenuhnya kerja menebas kawasan ini sebaliknya mereka lari meninggalkan tapak setelah menyiapkan sekitar 80 persen. Kini mereka tidak datang-datang lagi.

Pernah berlaku kebakaran lalang di dalam kawasan ini. Tidak pasti bagaimana ianya terbakar. Namun dalam keadaan cuaca panas hingga mencecah 39C tidak mustahil kebakaran berlaku. Pihak bomba sudah beberapa kali dikejarkan ke sini untuk memadamkan kebakaran tersebut.