Thursday, September 2, 2010

Patah tumbuh hilang berganti

Menghijau tumbuh lalang baru menggantikan lalang yang ditebas mahupun terbakar baru-baru ini. Ia cuma mengambil masa lebih kurang seminggu untuk kelihatan seperti dalam foto-foto di bawah. Jika disirami lebih hujan pasti lebih rancak anak-anak lalang menjulur keluar dari permukaan tanah.

Tidak ada sedikit pun sifat mengalah di dalam kehidupan lalang. Mereka tahu bahawa mereka tidak dikehendaki melalui tidakan manusia yang sering menebas atau menyalakan api ke atas mereka tapi sesudah itu mereka tumbuh semula seperti tiada apa yang berlaku sebelumnya.

Jika manusia mempunyai semangat sekental lalang sudah pasti semua cabaran dapat di atasi dan kejayaan besar dapat diraih di dalam kehidupan mereka. Cubalah kita tanam di dalam diri kita semangat lalang tapi bukan mengikut resmi lalang!